Home » » Sinopsis Kepong Gangster 2

Sinopsis Kepong Gangster 2

Sinopsis Kepong Gangster 2

Filem Kepong Gangster 2 bermula dengan Cindy yang ditangkap dan dipaksa melacur bagi melangsaikan hutang bapanya oleh Gang 27. Billy kekasih Cindy menuntut bela dan menyelamatkan Cindy dengan membunuh pemilik pusat pelacuran dimana Cindy dilacurkan. Dengan pembunuhan tersebut, Billy berjaya mendapatkan kepercayaan ketua sementara bagi Gang 390, Pago. Billy mengimpikan untuk menjadi ketua gang 390 tetapi tidak dipersetujui Pago yang merasakan Billy hanya sesuai menjadi ketua bagi 5 Tigers. Pago mengarahkan kuncu-kuncunya untuk mencari Chong bagi mengetuai kumpulan mereka. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati billy.

Dalam pada masa yang sama anak mendiang naga hitam ketua gang 27 tiba dari Australia bagi mengambil alih tugas bapanya. Di bawah pengurusan Taiji, sekelip mata Kepong menjadi sarang dadah dengan menjadikan kelab-kelab malam sebagai lokasi bagi menjalankan kegiatan penjualan dadah mereka.

Chong tidak mahu dikenali dan telah menggunakan nama samaran Shin dan bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel. Chong hidup bahagia bersama dengan Tong. Chong juga tidak dapat melupakan kejadian tong dirogol. Chong menjadi seorang yang rendah diri.

Taiji bimbang dengan kemunculan semula Chong sebagai ketua Gang 390 akan menjadikan kumpulan tersebut kuat. Taiji telah mengatur satu konspirasi dengan melagakan Chong dan Billy. Taiji juga menculik Cindy dan mendesak Billy untuk merebut kuasa menjadi ketua gang 390. Misi Taiji adalah untuk membiarkan Chong dan Billy bermusuhan dan membunuh sesama sendiri. Tercapaikah usaha Taiji?Bagaimana Chong dan Billy menyelesaikan persengketaan mereka yang ditimbulkan Taiji?

Kepong Gangster 2
Genre: Aksi / Jenayah
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
Bahasa: Mandarin
Pengedar: SKOP PRODUCTION
Pengarah: Teng Bee
Pelakon: Henley Hii, Billy Ng, Crystal Lee, Agnes Lim, Danny One, Eric Lin

Trailer Kepong Gangster 2



Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Sinopsis Kepong Gangster 2 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami