Home » » Takziah! Pemergian Harun Salim Bachik kehilangan besar

Takziah! Pemergian Harun Salim Bachik kehilangan besar

Pemergian Harun Salim Bachik kehilangan besar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga pelakon komedi terkenal, Harun Salim Bachik, yang meninggal dunia petang tadi.
  
"Takziah atas pemergian Harun Salim Bachik...saya sering menonton lakonan beliau dan ia merupakan satu kehilangan besar untuk industri hiburan," kata beliau dalam catatan terbaharunya dalam laman Facebook dan Twitter.
  Harun Salim Bachik meninggal dunia

Najib turut mendoakan Allahyarham Harun Salim dirahmati Allah.
  
Harun Salim atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid Salim, 55, rebah secara tiba-tiba di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Merah, Perak kira-kira 4.15 petang tadi ketika hendak ke bilik air di R&R itu.
  
Beliau dalam perjalanan pulang ke ibu negara bersama-sama isteri serta anak-anaknya selepas menghadiri majlis kenduri di Pulau Pinang.
  
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Koperasi Polis, Gombak sebelum solat Zohor esok.
  
Harun Salim mula dikenali melalui drama bersiri Rumah Kedai pada 1990-an. Beliau pernah menjadi Presiden Seniman bagi penggal 2010/2011. - Bernama
Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Takziah! Pemergian Harun Salim Bachik kehilangan besar @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami