Home » » Lirik Lagu Aidilfitri Ceria - Ceria Popstar 2

Lirik Lagu Aidilfitri Ceria - Ceria Popstar 2

Lirik Lagu Aidilfitri Ceria - Ceria Popstar 2

Chorus:
Selamat hari raya
Bersama riang gembira
Kita dapat duit raya
Selamat hari raya
Aidilfitri yang mulia
Hari kita bahagia bersama

Sebulan sudah berlalu
Hari ceria menjelma tiba
Cantik berseri berbaju baru
Duit raya penuh di saku

Keriangan di pagi raya
Gelak tawa beramah mesra
Juadah beraneka rasa
Ketupat rendang hidangan utama

*:
Kaum keluarga berkumpul bersama
Kongsi semasa berbual kata
Hai semua riang gembira
Indahnya hari raya

**:
Ayuh rakan-rakan jangan silu dan segan
Makan apa yang dihidang
Jika mahu boleh tambah lagi
Jangan malu-malu

Chorus

Saudara mara dan sahabat dipersilakan
Rumah terbuka mula menjadi tumpuan
Untuk berkumpul kita menambah keriangan
Oh pesta raya sungguh mengasyikkan

Oh!
Riang gembira berlari main bunga api
Menunggu masa untuk duit raya diberi
Senyuman terukir bersalam-salam sana sini
Berlebihan kenyang perut makan dari pagi

Hey!
Hari raya hari yang mulia
Hari sengketa dilupakan
Hari raya hari untuk semua
Ayuh mari kita raikannya

Chorus

Visit:
http://www.liriklagumuzika.com

Lirik Lagu Aidilfitri Ceria - Ceria Popstar 2 @ Lirikami

 
◄Design by Lirikami